Tuesday, June 18, 2013

too many uncertainties and ' bagai pahat dengan pemukul '.

Blog berhabuk...sawang n bla bla...

Tiada penafian mahu aku isytiharkan, sebaliknya mahu memberi alasan tipikal atas soalan "kenapa lama tak update blog?' yakni aku amat sibuk melakukan perkara perkara yang perlu.

Turns up!tatkala ini,secara tiba tiba ilham datang dan tergerak untuk menaip *zig zag snap!*

chop!!!! 

KETIDAKPASTIAN...snap!

tidak semena mena empat belas huruf membentuk satu aksara kata menerpa masuk ke minda lalu menjadi belengu,justeru minda dipaksa bekerja keras.

Aku pernah dapat khidmat pesanan ringkas berbunyi begini.

' memang dalam hidup ini ada banyak benda yang kita tidak pasti '.

Kronologi  perkara berkaitan kidmat pesanan  ringkas itu adalah aku di beri satu pertanyaan yang menyebabkan aku menjawap "tak pasti" kepaada dia yang bertanya.

Minda kerap juga diserang entiti ini ( ketidakpastian) namun, acapkali aku cuba melarikan diri dari dipaksa untuk memikir perihal ini atas dasar terlampau banyak lagi perkara yang perlu diltetakkan pada skala 'utama'
hinggalah ' enteng',waima dengan itu aku sendiri tidak pasti mana atau dimana ujudnya 'ketidakpastian' itu pada skala rekaan aku.Kadang kadang,aku akan diserang tidak pasti untuk hal hal ringan,hanya mampu mengubat hati dengan kenyataan klisye yang disebut berkali kali iaitu ' ini adalah perihal manusia,banyak kelemahan'. Selain dari itu aku juga duduk berteleku dan mencuba berfikir akan solusi dimana perkara tersebut adalah lebih penting dari tidak melakukan apa apa.Salah satu peribahasa ynag terpateri erat dalam mindaku adalah ' bagai pahat dengan pemukul ', ini adalah kerana aku tidak mahu menjadi pahat yang sewenang wenang akan bergerak setelah  diketuk oleh pemukul,maka dengan itu setiap usaha atas sesuatu perlu dimulakan dari diri sendiri sebaliknya dari mengharap bantuan. Simbolik antara ' KETIDAKPASTIAN' dan ' BAGAI PAHAT DENGAN PEMUKUL ' adalah sekiranya individu 'A' mengalami satu perkara yang menyebabkan dia tidak pasti, maka dengan itu dia perlu melakukan sesuatu untuk membendung 'ketidakpastian' merajai minda dan diri.

Tidak dinafikan,rasa tidak pasti itu adalah sesuatu yang 'ada' pada semua orang.

Kadang kadang aku tak pasti nak order milo suam atau milo panas mahupun milo ais. Aku juga tak pasti nak order milo 'o' atau milo susu. Sekali lagi aku juga tak pasti nak order milo tabur atau milo float atau milo dinosaur ;)

Bye!