Thursday, February 28, 2013

TERINGIN ITU SATU PERJUANGAN....




Da lama aku teringin pai ayam neh....
Tu jer nak beritahu....
Bye!

SEMALAM itu SEBELUM HARI INI *KHAMIS

Semalam aku teringin nak selitkan entry #wordless wednesday....

tapi aku tak berusaha...mungkin ada,tapi peratusan yang rendah...

HARI INI : aku masih teringin, tp CSE tersebut tak beri kerana hari ini THURSDAY!

Semalam..minda agak kelibut..bak lipas kudung kesana kemari...hingga suatu ayat hinggap di pipi...bunyi nya begini 

" wan, neh asyik kesana kemari "


HARI INI  : Minda masih Kelibut,mungkin kurang dari semalam... dan danlam hati berkata 

"hari ini,perlu minimakan pergerakan" demi menemplak kenyataan sebelum ini....

Semalam...

Makan dengan *U KNOW WHO U ARE* maggi goreng 2 kampit...

HARI INI : da ajak makan *U KNOW WHO U ARE* tp mengantuk KATANYA...

Semalam...ketemu sasa dan berborak.....

HARi INI : Teringat SASA dan mungkin ketemu lagi...TERIMA KASIH SASA kiranya anda membaca entry ini

Semalam....HARI JADI seseorang....

HARI INI : seseorang itu telah meningkat usianya,wish u all the best....

SEMALAM...hari rambut serabut bagi aku...dan semalam dapat kacang...

HARI INI : Rambut disikat dan kemas...dan HARI INI...masih ada kacang itu...

HARI INI : " wan ,jangan makan kacang "....takpelah diknon...

Makan kacang or tak makan kacang...jerawat BIADAP itu tetap muncul....


Walau Suhu Di Sini sejuk,kegilaan terhadap MILO AIS tetap tidak berkurangan....

lalalalalalalala*bunyi seakan akan  bahagia....



ironinya kacang dalam bahasa inggeris adalah 'NUT'.... 



Tuesday, February 26, 2013

*I'M HARDLY TO REMEMBER : TP I PERNAH PERGI JUGRA PEEPS!*


Apa ada dalam thumbdrive.....

Hokay,the reason on why aku start entry kali ni dgn tajuk tersebut adalah kerana gambar gambar ini dijumpai dalam thumdrive yang aku sangka hilang tapi sebenarnya berada di suatu lokasi yang agak tersembunyi...*grr,turns up this thing ada,but lost in the middle of nowhere and now,aku da jumpa..
owh..

Cukup dengan penyesalan tersebut:,aku tak pasti bila tarikh sebenar aku pergi jugra neh,one thing for sure jugra neh aku pergi secara kebetulan kerana aku mengikut rakan rakan aku pergi ke kenduri di banting. Si pemandu tersebut memamg arif dengan jalan menuju ke jugra,and BLINK!dia segera berkata ' APA kata kita ke JUGRA'...OK,aku teruja pada ketika itu...sbb dalam kepala aku,aku berimaginasi bahawa tempat tersebut mesti sgt cantik dan berangin...jalan nak pergi situ bagi aku tidak lah susah sangat,mula mula masuk suatu perkampungan,dam perlu melalui bukit yang agak tinggi disamping jalan yang agak bengkang bengkok *ingatan samar samar* 

OK,dalam anggaran masa 1 jam lebih dari banting termasuklah mendaki bukit tersebut demi untuk sampai ke kawasan lereng bukit jugra itu..maka,sampailah ke destinasi yang hendak dituju,ok seronok,sebab pemandangan di kawasan tersebut sangat 'breathtaking' dan angin sepoi sepoi bahasa ujud di situ...nasib baik keadaan cuaca adalah baik dan tidak hujan...so MERONGGENG di JUGRA adalah kes yang lengkap tanpa ada sebarang kesulitan,THANK GOD...

Apabila semuanya urusan selesai *meronggeng*tibalah masa untuk pulang,kesimpulannya pergi jugra pada hari itu adalah pengalaman pertama aku menapak disitu dan sesuatu yang perlu dikongsikan disini,supaya suatu hari nanti aku sedar *i've been here!dan aku da ada jawapan andai cucu aku tanya apa itu JUGRA...hoih masa depan...ohoiii masa depan...


Sambil pikir akan perihal masa depan dan merancang,apa kata suh mak buatkan milo,kan ASIKKKKKKK!

Kalau uat MILO Segera pakai air sejuk pon boleyhhhhhh!

Bye Bye peeps!




RUMAH API  1*KLIK via KAMERA  KWN



RUMAH API dan POKOK POKOK *KLIK via KAMERA KWN 


PEMANDANGAN *KLIK  via KAMERA KWN


PEMANDANGAN dan SUNGAI *KLIK  via KAMERA KWN


PEMANDANGAN  dan  SEKUMPULAN AWAN  AWAN *KLIK via KAMERA KWN 



SUNGAI dan BUAYA didalam  sungai tersebut *KLIK via KAMERA KWN 



RUMAH API lagi dan MACAM ADA PARABOLA kat RUMAH API TERSEBUT *KLIK via KAMERA KWN


RUMAH API LAGI HOIHHH *KLIK via KAMERA KWN



PEMANDANGAN CANTIK *KLIK via KAMERA KWN


PEMANDANGAN SESEDAP MATA MEMANDANG *KLIK via KAMERA KWN


SIGNAGE bukti memang AKU PERGI JUGRA *KLIK via KAMERA KWN

SI HENSEM di JUGRA,rasa nak golek golek cam BOLLYWOOD bcoz that place are really really awesome! 

*26 FEBRUARI 2013 - - - > KLIK!



Apabila...

Snap gambar pakai 'Dell WebCam Central'...ia bukan rahsia lagi.

Post ini telah dibaca,bukan rahsia lagi aku update blog time office hour

TERIMA KASIH *u know who u are opismate*

Menerima pemberian orang..harus ucap terima kasih dan syukur

Idea da kering setakat tu jela aku taip...

Hari ini bukan #wordless wednesday

Tata.

TERIMA KASIH KAK DHIRAH.

TAHNIAH KAK DIRAH DAN PASANGAN *KLIK !  via DELL WEBCAM CENTRAl


IT's HIM....*KLIK via DELL WEBCAM CENTRAl

Wednesday, February 20, 2013

*Semalam Punya Cerita : Trip To Kemensah - Jeram Kubang Gajah *



Sendu...

Takda masa nak hapdate blog,walhal masa mula mula buka blog baru neh api semangat menjulang julang.
Let Say, aku cakap aku bz,kau semua percaya tak atau kau semua nak cakap aku poyo atau propa.Mentaliti tipikal akan bilang aku neh 'drama' jer lebih.Kan kan kan...cukup mengarut,analogi ini adalah kerana aku terbawa bawa akan migraine yang telah berlangsung selama beberapa hari...maaf kerana terbawa bawa akan perkara tersebut hingga emosi menjajah penulisan ini...cukup,merujuk  kepada tajuk entry ini,kali ni aku nak cerita pengalaman menyertai pengembaraan ke KEMENSAH - JERAM KUBANG GAJAH bersama rakan rakan pejabat yang dihormati...hoi *formal nyeh ayat...nah hambek gambar gambar untuk sajian mata kau semua...


Ha, tudiyahhh pintu masuk nyehhhh,sebelum nak sampai sini menapak berabad abad  *exaggerate*,menapak roughly  1 jam + + ,da lupa durasi tepat...cheerioss.



Sebelum nak sampai situ,untuk menghilangkan rasa penat melampau dan distract mind yang hampir putus asa aku snap la beberapa gambar via henpon not so branded kepunyaan aku la..takkan pinjam mak esah punya pulak...tapi kan perjalanan tersebut takla bosan  melampau kerana cik aida memang seorang yang sangat  banyak cbercakap sebab dia memang seorang yang banyak pengalaman dalam hidup beliau, aku hormat dia sebagai pegawai aku dan besfren aku,pastu kat situlah aku kenal Cik Ina merangkap kawan kepada  Cik Aida, Ok cik ina neh pon gila gila perangainya so perjalanan tersebut tidaklah terlalu bosan dan 50 % menyeronokkan. Selain dari merekan berdua, perjalanan tersebut turut disertai oleh Hakam yang memang sangat kelakar,Abg Suzli yang memang berpengalaman bab bab masuk hutan ,serta dua orang pemandu arah yang bertauliah.Bos aku pun join gak anak beranak tp separuh jalan jer,sbb ada urusan lain yang perlu diselesaikan *hoi hoi ayat formal lagi...



CIK AIDA + CIK INA




KAKI kaki pengembara masa,ibu jari yang paling kurus tu ibu jari kaki aku,kasut warna pink tersebut kepunyaan wanita wanita tabah mengharungi hutan dan lumpur......



Berbalik kepada cerita,misi sebenar meredah hutan belantara ini adalah untuk pergi ke air terjun yang terletak di tengah tengah hutan tersebut,Apabila masuk hutan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan mahupun beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan. Nak share satu perkara yang terjadi,pemandu arah tersebut telah sesat memasuki satu kawasan perkampungan bunian. Itu menurut apa yang telah diceritakan oleh salah seorang pemandu juruarah tersebut kepada aku dan rakan rakan. sejauh mana kesahihan cerita tersebut,adalah hanya tuhan sahaja maha mengetahui. Neh aku nak campak lagi gambar gambar pemandangan semasa berada dalam hutan tersebut.INi adalah gambar ketika perjalanan ketika menuju ke lokasi air terjun tersebut.



Scene 1 *klik 


Scene 2 *klik


Scene 3 *klik


scene 4 *klik
Ok, da habes part sebelum sampai ke air terjun tersebut,memang berhempas pulas demi menyudahkan misi ini ala ala membajak sawah padi menggunakan kerbau seperti zaman dulu dulu,likewise zaman sekarang da canggih hoi...kai mesin je...enough said,jalan punya jalan punya jalan,destinasi yang dituju pon sampai....ha neh gambar gambar tersebut.... 

OK once da sampai ke destinasi air terjun tersebut,para pengembara mengeluarkan makanan yang telah dibawa,ada banyak makanan dan makanan tersebut telah dihabiskan dengan jayanya sambil menikmati pemandangan indah di kawasan air terjun tersebut,ok beb, once ko da sampai kawasan air terjun,for sure la ko akan mandi kat situ,yep kami semua mandi dengan riang ria sekali,tanpa mengingati bahawasanya kami semua telah berusia...deng!bagi aku pengalaman sebegini memang menyeronokkan dan sesuatu yang akan diingati sampai mati juga perlu diceritakan pada kepada semua lapisan masyarakat *brag brag brag*. kalau diberi pilihan,aku nak je dok kat sini selama mana yang dirasakan mahu,walhal aku je berangan habes,k mesti la da mandi sakan,da makan sakan,da berborak sakan,pose sakan,fe- feeling sakan....dan beronok ronok bagai pasti lah kene blah lepastu,sebelum tu kemas dulu pinggan mangkuk selepas melantak sakan,sampah sarap yang ada make sure kutip,buang di tempat yang sepatutnya,kami semua da berusia,so we should act one!kannnnnnnnnnnnn......

Sebagai kesimpulan perjalanan ini terlampaulan menyeronokkan ,walau pada mulanya abg suzli bilang ianya santai (tak santai pun malah mencabar)...masuk hutan kena berpada pada dan mematuhi larangan yang perlu,make sure pakai pakaian yang sepatutnya,mulut jangan nak lepas je,snap je gambar walau hp nan hado je,nak distract penat dan sakit sembang dan gelak la but berpada pada,pastu bila part makan,makan jela *refer to rezeki jangan ditolak kan!,mandi air terjun tu jgn cover cover malu,enjoy the moment,sebelum blah kemas dulutempat tersebut...

Ha,sebelum lupa,da beronok ronok bagai sepanjang ekspedisi tersebut,dalam perjalanan balik,awan kat langit da gelap menandakan hari nak hujan dan nak dijadikan cerita parking kereta amatlah jauh sejauh jarak antara gigi kapak aku dengan gigi kapak apak hang *poyos!*...cukup habis je penghujung jalan meredah hutan tersebut iaitu pintu keluar,air hujan mencurah curah dengan lebat selebat lebatnya,sementelah itu pengembara pengembara bagi ekspedisi ini bertempiran lari untuk sampai ke kereta.Untuk menunjukkan bahawasanya mereka sangat kreatif,mereka menggantikan payung dengan sleeping mat warna biru demi menempuh hujan *guna otak kiri hoi!*dan AKU,dah siap siap bawak PAYUNG,jadi tak perlu bertempiaran lari dan pergi ke kerta dengan ketenangan maksimum.



OK, da tak larat nak taip.
 sebelum beransur pergi aku nak highlight beberapa perkara :

1. Maaf penggunaan bahasa rojak berleluasa pada entry ini.
2. Bukan senang nak enjoy ngan pegawai atasan tanpa ada formaliti
3.Orang lain semua kene pacat, aku tak kena pon,deng!
4. Setiap ciptaan tuhan itu adalah indah
5. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian
6.Pengalaman itu indah.
7.Be creative, takda payung cari sesuatu utk avoid hujan
8. Bertabahlah baca entry neh

Sehingga Jumpa Lagi.
Jangan Lupa minum milo tak kisah lah mak buat atau minum instant milo!~



 waterfall 1 *klik

waterfall 2 *klik

waterfall 3 *klik

waterfall 4 *klik

waterfall 5 * klik

waterfall 6 dan si HENSEM *klik